Wednesday, 13 May 2015

Sukatan Pelajaran Sekolah



A) Kurikulum tahfiz terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Pengajian Tahfiz Al-Quran, Agama dan Bahasa Arab serta Akademik untuk pelajar rendah.

1- Kurikulum Tahfiz adalah berdasarkan kaedah yang diguna pakai oleh Maahad Tahfiz di seluruh Malaysia dan Mesir  yang mengandungi kaedah tajwid, talaqqi, hafazan, tasmi’ dan murajaah.
            Antara kaedahnya, kita meletakkan sasaran jumlah juzu’ hafazan iaitu sebanyak  7 juzu’ semasa di tahun pertama, 10 juzu’ di tahun kedua dan 13 juzu’ di tahun ketiga. bermakna 3 tahun pembelajaran, para pelajar boleh menyelesaikan hafazan mereka untuk sebuah Al-Quran 30 juzu’ dalam    tempoh 3 tahun berdasarkan tahap kemampuan pelajar.

Pra Tahfiz – Bagi pelajar sekolah rendah

2– Kurikulum Agama dan Bahasa Arab adalah berdasarkan  pengajian Feqah, Tauhid, Tajwid, Bahasa Arab, Akhlak, dan Jawi. ( Pengajian kelas KAFA ) bagi pelajar Rendah.

3- Kurikulum Akademik adalah berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk pelajar rendah sahaja. Sistem tuisyen ( latih tubi ) yang akan diguna pakai oleh tenaga pengajar dalam setiap matapelajaran yang akan diajar, sasaran bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.

Ko-kurikulum di Tahfiz ini, kami menyediakan kelas bimbingan asas   kepada semua pelajar ( rendah/menengah ) antaranya kelas tarannum, kelas qasidah, kelas pemantapan diri ( Fardhu Ain ) serta menghafal hadith.

Disamping itu juga diwajibkan semua pelajar mengikuti sesi riadhah setiap petang antaranya ialah futsal,ping-pong,berenang dan lain-lain bagi mencergaskan minda, fizikal dan mental pelajar-pelajar.

            Semoga hasrat dan cita-cita terlaksana dan dapat direalisasikan selaras dengan hasrat ke arah memartabatkan Al-Quran di persada dunia.

No comments:

Post a Comment