Penubuhan
Maahad Tahfiz Al-Quran Misbahul Falah ini diwujudkan di atas kesedaran
bahawa kurangnya golongan para Hafiz Al-Quran khasnya di sekitar Lembah Klang
ini dan seluruh negara amnya. Kewujudan Maahad Tahfiz ini adalah bertepatan
pada masanya memandangkan hanya terdapat beberapa buah Madrasah Tahfiz sahaja
di sekitar kawasan ini dengan bilangan pelajar yang terhad. Maahad Tahfiz ini
sudah pasti dapat membantu kepada perkembangan penghafalan dan penghayatan Al-Quran
disamping menjadi wadah pendidikan, tarbiah dan kebaikan seluruh umat Islam di
negara ini. Maahad Tahfiz ini juga diwujudkan bagi mencapai matlamat seperti
berikut :
1-Melahirkan pelajar-pelajar yang boleh membaca Al-Quran
dengan cara yang terbaik dan seterusnya dapat menghafal keseluruhan Al-Quran. Menanamkan
kepentingan mempelajari, memahami, beramal dan menyampaikan segala
perintah-perintah Allah SWT berdasarkan kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW
keseluruh permukaan alam.
2-Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia dengan berpandukan
kepada ajaran Al-Quran dan sunnah kehidupan Rasulullah SAW dan mereka juga akan
dibimbing supaya menjadi seorang insan yang benar-benar beriman dan bertaqwa
kepada Allah SWT.
3-Untuk melahirkan generasi muda yang dapat menghayati agama dalam
kehidupan mereka serta menimbulkan kesedaran tentang agama Islam. Ini juga akan
menimbulkan keyakinan kepada diri pelajar-pelajar bahawasanya hanya dengan
amalan agama sahaja dapat membawa
kejayaan di dunia dan di akhirat.
4-Melatih
pelajar-pelajar supaya berbakti kepada agama, ibu-bapa, dan masyarakat apabila
tamat pengajian kelak.
No comments:
Post a Comment