N0 c-0-3 Setiawangsa Business Suites, Jalan Setiawangsa 54200 kuala Lumpur..Email : misbahul.falah13@gmail.com 013-2510607 / 011-28221625
Monday, 18 May 2015
Qasidah Wahai Purnama - Shoutul Falah
Persembahan Qasidah oleh Pelajar Tahfiiz Misbahul Falah di TV Al-Hijrah
Sempena AidilAdha 1434H. Jika Berhajat sila Hubungi Ustaz Suhairi di
013-2510607.
Qasidah Wahai Purnama - Shoutul Falah
Persembahan Qasidah oleh Pelajar Tahfiiz Misbahul Falah di TV Al-Hijrah
Sempena AidilAdha 1434H. Jika Berhajat sila Hubungi Ustaz Suhairi di
013-2510607.
Maahad Tahfiz Misbahul Falah - TV Al-Hijrah
Persembahan Qasidah oleh Kumpulan Qasidah Shoutul Falah yang terdiri
daripada anak-anak Tahfiz Misbahul Falah Taman Keramat AU1, Kuala Lumpur
yang diterbangkan khas ke TV Al-Hijrah Sempena Aidiladha 1434H
Bersamaan 17 Oktober 2013...untuk Tempahan boleh hubungi ustaz Suhairi 013-2510607/ 011-28221625
Maahad Tahfiz Misbahul Falah, Nabi yuna Rasulullah -Flora Etc.
Maahad tahfiz Misbahul Falah Majlis Maulidur Rasul di flora Etc Wedding & Event diserikan dengan alunan Qasidah..untuk Tempahan undangan boleh Hubungi Ustaz suhairi 013-2510607 / 010-28221625
Wednesday, 13 May 2015
Sukatan Pelajaran Sekolah
A) Kurikulum
tahfiz terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Pengajian Tahfiz Al-Quran, Agama dan
Bahasa Arab serta Akademik untuk pelajar rendah.
1-
Kurikulum Tahfiz adalah berdasarkan kaedah yang diguna pakai oleh
Maahad Tahfiz di seluruh Malaysia dan Mesir
yang mengandungi kaedah tajwid, talaqqi, hafazan, tasmi’ dan murajaah.
Antara kaedahnya, kita meletakkan
sasaran jumlah juzu’ hafazan iaitu sebanyak
7 juzu’ semasa di tahun pertama, 10 juzu’ di tahun kedua dan 13 juzu’ di
tahun ketiga. bermakna 3 tahun pembelajaran, para pelajar boleh menyelesaikan
hafazan mereka untuk sebuah Al-Quran 30 juzu’ dalam tempoh 3 tahun berdasarkan tahap kemampuan
pelajar.
Pra Tahfiz
– Bagi pelajar sekolah rendah
2–
Kurikulum Agama dan Bahasa Arab adalah berdasarkan pengajian Feqah, Tauhid, Tajwid, Bahasa Arab,
Akhlak, dan Jawi. ( Pengajian kelas KAFA ) bagi pelajar Rendah.
3-
Kurikulum Akademik adalah berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk pelajar rendah sahaja. Sistem tuisyen ( latih tubi )
yang akan diguna pakai oleh tenaga pengajar dalam setiap matapelajaran yang
akan diajar, sasaran bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.
Ko-kurikulum
di Tahfiz ini, kami menyediakan kelas bimbingan asas kepada semua pelajar ( rendah/menengah )
antaranya kelas tarannum, kelas qasidah, kelas pemantapan diri ( Fardhu Ain )
serta menghafal hadith.
Disamping
itu juga diwajibkan semua pelajar mengikuti sesi riadhah setiap petang
antaranya ialah futsal,ping-pong,berenang dan lain-lain bagi mencergaskan
minda, fizikal dan mental pelajar-pelajar.
Semoga
hasrat dan cita-cita terlaksana dan dapat direalisasikan selaras dengan hasrat
ke arah memartabatkan Al-Quran di persada dunia.
SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN SEKOLAH
Terbinanya
Maahad Tahfiz Misbahul Falah merupakan cetusan idea Al-Faqir Ustaz Suhairi
Bin Mohd Dahan berkelulusan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri
Perak, beliau merupakan salah seorang pengasas & bekas Pengetua serta
Pegawai Koperat dan Pembangunan Modal Insan Sekolah Rendah Integrasi Darul
Muhibbin, Kuala Lumpur. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Penolong
Kanan di sekolah Tahfiz Darul Haafizhiin selama 4 tahun, berpengalaman luas
didalam bidang pendidikan di beberapa buah sekolah swasta dan kerajaan, sebagai
tenaga pengajar subjek Al-Quran, Deeniah dan Akademik selama 10 tahun , beliau
juga mengendalikan dan menyediakan
kertas kerja pelbagai program, antaranya ialah menyediakan sistem hafazan
Al-Quran, seminar, kem cuti sekolah & pelbagai lagi, Kini berdasarkan
pengalaman dan semangat yang ada, beliau mampu untuk terus memberi khidmat yang
terbaik kepada ibu/bapa dan masyarakat dengan tertubuhnya tahfiz ini,
insyaallah.
Hasrat dan harapan kami dengan
terbinanya institusi pengajian tahfiz ini,agar dapat melahirkan generasi huffaz bijak Al-Quran, serta yang memahami
dan menghayati isi kandungan Al-Quran keseluruhannya dalam setiap aspek
kehidupan.
Matlamat Dan Objektif Sekolah
Penubuhan
Maahad Tahfiz Al-Quran Misbahul Falah ini diwujudkan di atas kesedaran
bahawa kurangnya golongan para Hafiz Al-Quran khasnya di sekitar Lembah Klang
ini dan seluruh negara amnya. Kewujudan Maahad Tahfiz ini adalah bertepatan
pada masanya memandangkan hanya terdapat beberapa buah Madrasah Tahfiz sahaja
di sekitar kawasan ini dengan bilangan pelajar yang terhad. Maahad Tahfiz ini
sudah pasti dapat membantu kepada perkembangan penghafalan dan penghayatan Al-Quran
disamping menjadi wadah pendidikan, tarbiah dan kebaikan seluruh umat Islam di
negara ini. Maahad Tahfiz ini juga diwujudkan bagi mencapai matlamat seperti
berikut :
1-Melahirkan pelajar-pelajar yang boleh membaca Al-Quran
dengan cara yang terbaik dan seterusnya dapat menghafal keseluruhan Al-Quran. Menanamkan
kepentingan mempelajari, memahami, beramal dan menyampaikan segala
perintah-perintah Allah SWT berdasarkan kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW
keseluruh permukaan alam.
2-Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia dengan berpandukan
kepada ajaran Al-Quran dan sunnah kehidupan Rasulullah SAW dan mereka juga akan
dibimbing supaya menjadi seorang insan yang benar-benar beriman dan bertaqwa
kepada Allah SWT.
3-Untuk melahirkan generasi muda yang dapat menghayati agama dalam
kehidupan mereka serta menimbulkan kesedaran tentang agama Islam. Ini juga akan
menimbulkan keyakinan kepada diri pelajar-pelajar bahawasanya hanya dengan
amalan agama sahaja dapat membawa
kejayaan di dunia dan di akhirat.
4-Melatih
pelajar-pelajar supaya berbakti kepada agama, ibu-bapa, dan masyarakat apabila
tamat pengajian kelak.
Subscribe to:
Posts (Atom)